Monday, December 16, 2013

My Novel

Soalan 4 : Novel
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan cerita-cerita yang berikut :

(i) Awak ... (akhirnya awak bukan lagi milik saya ! ) karya Nabila Syuhaida.

(ii) Memendam Rindu karya Nabila Syuhaida.

(iii) Kisah Hidup Kita karya Syuhaida Shazlee.

     (a) Tulis SINOPSIS cerita yang telah anda pelajari.
     (b) Peristiwa-peristiwa yang buat anda ingat sampai sekarang.
           Berdasarkan sebuah kisah yang anda alami, jelaskan tiga peristiwa yang buat awak tersenyum.

iii.
a.     Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Kisah Hidup Kita karya Syuhaida Shazlee, sinopsisnya ialah bermula pada tahun 2009. Pada waktu itu, NS tingkatan 1 dan bersekolah di SMK Bandar Kerayong. NS sempat masuk ke kelas B seminggu sahaja dan diarahkan bertukar ke kelas A yang salah seorang pelajar di dalam kelas itu adalah SA. Jujur NS mengaku bahawa NS sikit pun takde perasaan terhadap SA. NS dan SA hanya sekadar Kawan ketika itu. NS seorang yang agak kasar dan ganas. SA pula sering menyakat dan membuat NS sakit hati. Ketika itu SA ada meminati seorang rakan sekelasnya. Perlu ke sebut nama ? Tak payahlah ! Buat sakit hati je. Pada suatu hari, SA memberi sebuah kotak yang dalamnya berisi Cloud 9. Banyak jugak perempuan tu dapat, tapi malangnya perempuan tu tidak menghiraukan kotak tu dan lalu mengagihkan Cloud 9 tu kepada rakan-rakannya. NS salah seorang rakannya yang menerima pemberian perempuan tu. Tanpa rasa tak tahu malu, NS pun dengan tak malunya menerima dan makan tanpa rasa bersalah. Selepas kejadian itu, SA dan seorang sahabatnya Capital F datang ke rumah NS dan luahkan segalanya tentang apa yang SA rasa. Takpe, NS faham. Hehe. Situasi ini berlaku dibawah pokok di depan rumah NS dan sekarang ni takde dah pokok tu. Kesian sangat kat SA kerana cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. NS dan SA hanya sempat berkawan dengan perempuan tu hanya sementara kerana perempuan tu harus berpindah dan terpaksa meninggalkan secret admirer nya itu. NS lagi suka kerana kalau perempuan tu takde pun, NS boleh hidup kot, mungkin lebih aman dan bahagia. HAHA. Jahat lagi NS ni gelak. Selepas itu, SA lama ke hari lama ke lasak dan sering mengganggu ketenteraman rakan-rakannya terutama NS dan sahabat karib NS iaitu RN. Selepas pemergian perempuan yang diminati SA tu, tinggal lah NS dan RN perempuan melayu dalam kelas tu. Pada suatu hari NS bawa Bam Pala ke sekolah. Dengan adanya Bam Pala tu, SA mencipta satu permainan. Dia pun menggunakan benda alah tu untuk mengenakan orang. Habis semua orang dalam kelas tu SA sapu dengan benda alah tu. Dahlah mende tu panas dan berangin. NS salah seorang yang kena dengan SA. Ada sekali tu NS memang dah tak tahan sangat. NS tak fikir banyak, NS pun buat keputusan yang agak tak masuk akal, NS memberitahu salah seorang rakan SA yang NS mintak couple dengan SA. NS berbuat demikian untuk melepaskan dirinya supaya tidak diganggu oleh SA lagi tetapi SA tetap mengganggu NS seperti biasa. Yang peliknya, kenapa SA terima lamaran NS tu sedangkan SA sendiri pun tak ada perasaan terhadap NS. Mengambil masa yang terlalu lama jugak untuk NS dan SA menyesuaikan diri dalam hubungan mereka. Tak lama pun mereka bersama sebab NS buat perangai. Mereka pun putus.

     2010, mereka tingkatan 2, pada tahun itu mereka couple semula. Dalam kelas tu ada 2 couple. NS dan SA dengan sahabat mereka sendiri. Waktu tu, segalanya indah. Pada birthday NS, SA menghadiahkan NS 2 bentuk cincin dan seutas rantai. Tahun itu banyak sangat dugaan. Tahun tu jugak NS banyak pesaing. Ramai sangat yang meminati SA kerana kecomelannya itu. (Jujur saya cakap dari dulu lagi memang saya tak suka geng awex awak tu. Dulu Aida, awak berangkat dengan dia. Then Farisha, dan sekarang Dia ! Semua awak ambek dari geng-geng tu kan ? Orang yang saya tak suka tulah yang awak suka.) Tahun tu jugak macam-macam halangan. Okey. Tak nak cakap banyak. Makin cerita, makin sakit hati. Pada akhir tahun, NS buat keputusan untuk break dengan SA sebab nak PMR tapi mereka still contact macam biasa dan still layan macam biasa.

     2011, tahun NS dan SA PMR. Mereka still bersama macam dulu even tak couple. Pelbagai dugaan yang mendatang terhadap NS. NS gaduh besar dengan group dia. First time NS menangis depan SA. NS ingat lagi, time tu hari Jumaat, Isnin depan trial PMR. Memang time tu NS stress sangat-sangat. SA hanya mampu tengok. Takpe, NS faham. Tak habes paper PMR pun lagi masa tu, NS dapat tahu SA couple dengan orang lain. Pehhh ! Time tu memang baran gila ah ! SA janji lain sebelum break. Lepas tu jadi lain. Kebetulan NS contact dengan member adiknya, then mintak couple. Disebabkan SA couple tak ingat janji dia dulu, NS pun terima member adik dia tu. SA tak boleh marah sebab dia yang starting dulu. Gaduh punya gaduh NS dapat tawaran sekolah Vokasional kat Kuantan. Nak tak nak SA kena bagi sebab tu yang NS nak selama ni. NS janji sebelum dia pegi yang NS takan pernah lupakan SA.

     2012, form 4. Mereka tak satu sekolah dah. Sedih sangat rasa. Dah tak dapat bermanja macam dulu. Masing-masing dengan hal sendiri, tapi mereka still contact even NS dah berpunya. Kenapa nak takut ? NS punya kot bukannya dah berlaki. Kan ? Tiap kali NS balek, mesti SA datang rumah untuk berjumpa dengan NS. Betul orang kata, duduk berjauhan ni perlukan kesabaran dan rasa rindu ni sangat membara. Dalam diam-diam, SA usaha untuk mendapatkan hati NS semula tapi...

     2013, form 5. Besar dah mereka ni. SPM tuuu~ Mereka still macam dulu. Gaduh ? Adat lahtu. Normal. Betul tak ? Gaduh baik semula. Bagi NS, tak contact SA sehari, mesti rindu tu membayanginya. Sekian lama mereka bersama, sehinggalah SA mendapat perempuan yang lebih baik dan sempurna dari NS. Kira adil lahtu sebab NS pun dah berpunya. Tapi, NS terkilan. Kenapa SA tak cakap awal-awal ? Kenapa mesti SA sembunyikannya ? Sedangkan mende tu boleh dibawa berbincang. Bila NS dapat tahu semua tu, lagi-lagi bukan dari mulut SA sendiri, naik baran lah NS. Gaduh besar jugak mereka. Disebabkan hubungan mereka tu kuat. Mereka mampu bertahan dan semakin sayang antara satu sama lain sehinggalah hari ni. 07.12.2013, tarikh yang sangat bermakna dan sering diingati buat mereka berdua kerana seharian mereka bersama pada haritu. NS yakin bahawa hubungan mereka akan kekal buat semala-lamanya. Pejam celik pejam celik, sudah 5 tahun mereka bersama. 08.03.2009 adalah tarikh untuk mereka berdua.

b.  Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Kisah Hidup Kita karya Syuhaida Shazlee, pelbagai peristiwa-peristiwa yang buat saya ingat sampai sekarang. Pertama adalah bila NS first time mintak couple dengan SA. Bagi NS, mende tu memang tak logik langsung. Ada ke patut, nak lepas diri mintak couple ?

     Kedua, time birthday NS form 2. Sangat-sangat hargai hadiah tu. Tapi, cincin kesayangan NS yang SA bagi, hilang ! Nak menangis pun ada masa tu. Tapi, tak guna menangis. Mende tu takan ada balek. Kan ?

     Ketiga, masa pegi KL. Sumpah seronok ! Kalau boleh, NS nak buat macam tu lagi.

Saya cuba untuk menerima semua ni, tapi saya memerlukan masa. Saya nak kuat macam awak. Awak, andai saya bukan lagi milik dia, adakah awak akan terima saya kembali dengan awak ?

Wednesday, December 11, 2013

Gastrik yang Membunuh !

Punca Penyakit Gastrik:
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.
Tanda-tanda penyakit gastrik:
  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Rawatan penyakit gastrik:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
  13. Elakkan stress ! Kawal emosi. Jangan banyak berfikir.