Soalan 4 : Novel
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan cerita-cerita yang berikut :
(i) Awak ... (akhirnya awak bukan lagi milik saya ! ) karya Nabila Syuhaida.
(ii) Memendam Rindu karya Nabila Syuhaida.
(iii) Kisah Hidup Kita karya Syuhaida Shazlee.
(a) Tulis SINOPSIS cerita yang telah anda pelajari.
(b) Peristiwa-peristiwa yang buat anda ingat sampai sekarang.
Berdasarkan sebuah kisah yang anda alami, jelaskan tiga peristiwa yang buat awak tersenyum.
iii.
a. Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Kisah Hidup Kita karya Syuhaida Shazlee, sinopsisnya ialah bermula pada tahun 2009. Pada waktu itu, NS tingkatan 1 dan bersekolah di SMK Bandar Kerayong. NS sempat masuk ke kelas B seminggu sahaja dan diarahkan bertukar ke kelas A yang salah seorang pelajar di dalam kelas itu adalah SA. Jujur NS mengaku bahawa NS sikit pun takde perasaan terhadap SA. NS dan SA hanya sekadar Kawan ketika itu. NS seorang yang agak kasar dan ganas. SA pula sering menyakat dan membuat NS sakit hati. Ketika itu SA ada meminati seorang rakan sekelasnya. Perlu ke sebut nama ? Tak payahlah ! Buat sakit hati je. Pada suatu hari, SA memberi sebuah kotak yang dalamnya berisi Cloud 9. Banyak jugak perempuan tu dapat, tapi malangnya perempuan tu tidak menghiraukan kotak tu dan lalu mengagihkan Cloud 9 tu kepada rakan-rakannya. NS salah seorang rakannya yang menerima pemberian perempuan tu. Tanpa rasa tak tahu malu, NS pun dengan tak malunya menerima dan makan tanpa rasa bersalah. Selepas kejadian itu, SA dan seorang sahabatnya Capital F datang ke rumah NS dan luahkan segalanya tentang apa yang SA rasa. Takpe, NS faham. Hehe. Situasi ini berlaku dibawah pokok di depan rumah NS dan sekarang ni takde dah pokok tu. Kesian sangat kat SA kerana cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. NS dan SA hanya sempat berkawan dengan perempuan tu hanya sementara kerana perempuan tu harus berpindah dan terpaksa meninggalkan secret admirer nya itu. NS lagi suka kerana kalau perempuan tu takde pun, NS boleh hidup kot, mungkin lebih aman dan bahagia. HAHA. Jahat lagi NS ni gelak. Selepas itu, SA lama ke hari lama ke lasak dan sering mengganggu ketenteraman rakan-rakannya terutama NS dan sahabat karib NS iaitu RN. Selepas pemergian perempuan yang diminati SA tu, tinggal lah NS dan RN perempuan melayu dalam kelas tu. Pada suatu hari NS bawa Bam Pala ke sekolah. Dengan adanya Bam Pala tu, SA mencipta satu permainan. Dia pun menggunakan benda alah tu untuk mengenakan orang. Habis semua orang dalam kelas tu SA sapu dengan benda alah tu. Dahlah mende tu panas dan berangin. NS salah seorang yang kena dengan SA. Ada sekali tu NS memang dah tak tahan sangat. NS tak fikir banyak, NS pun buat keputusan yang agak tak masuk akal, NS memberitahu salah seorang rakan SA yang NS mintak couple dengan SA. NS berbuat demikian untuk melepaskan dirinya supaya tidak diganggu oleh SA lagi tetapi SA tetap mengganggu NS seperti biasa. Yang peliknya, kenapa SA terima lamaran NS tu sedangkan SA sendiri pun tak ada perasaan terhadap NS. Mengambil masa yang terlalu lama jugak untuk NS dan SA menyesuaikan diri dalam hubungan mereka. Tak lama pun mereka bersama sebab NS buat perangai. Mereka pun putus.
2010, mereka tingkatan 2, pada tahun itu mereka couple semula. Dalam kelas tu ada 2 couple. NS dan SA dengan sahabat mereka sendiri. Waktu tu, segalanya indah. Pada birthday NS, SA menghadiahkan NS 2 bentuk cincin dan seutas rantai. Tahun itu banyak sangat dugaan. Tahun tu jugak NS banyak pesaing. Ramai sangat yang meminati SA kerana kecomelannya itu. (Jujur saya cakap dari dulu lagi memang saya tak suka geng awex awak tu. Dulu Aida, awak berangkat dengan dia. Then Farisha, dan sekarang Dia ! Semua awak ambek dari geng-geng tu kan ? Orang yang saya tak suka tulah yang awak suka.) Tahun tu jugak macam-macam halangan. Okey. Tak nak cakap banyak. Makin cerita, makin sakit hati. Pada akhir tahun, NS buat keputusan untuk break dengan SA sebab nak PMR tapi mereka still contact macam biasa dan still layan macam biasa.
2011, tahun NS dan SA PMR. Mereka still bersama macam dulu even tak couple. Pelbagai dugaan yang mendatang terhadap NS. NS gaduh besar dengan group dia. First time NS menangis depan SA. NS ingat lagi, time tu hari Jumaat, Isnin depan trial PMR. Memang time tu NS stress sangat-sangat. SA hanya mampu tengok. Takpe, NS faham. Tak habes paper PMR pun lagi masa tu, NS dapat tahu SA couple dengan orang lain. Pehhh ! Time tu memang baran gila ah ! SA janji lain sebelum break. Lepas tu jadi lain. Kebetulan NS contact dengan member adiknya, then mintak couple. Disebabkan SA couple tak ingat janji dia dulu, NS pun terima member adik dia tu. SA tak boleh marah sebab dia yang starting dulu. Gaduh punya gaduh NS dapat tawaran sekolah Vokasional kat Kuantan. Nak tak nak SA kena bagi sebab tu yang NS nak selama ni. NS janji sebelum dia pegi yang NS takan pernah lupakan SA.
2012, form 4. Mereka tak satu sekolah dah. Sedih sangat rasa. Dah tak dapat bermanja macam dulu. Masing-masing dengan hal sendiri, tapi mereka still contact even NS dah berpunya. Kenapa nak takut ? NS punya kot bukannya dah berlaki. Kan ? Tiap kali NS balek, mesti SA datang rumah untuk berjumpa dengan NS. Betul orang kata, duduk berjauhan ni perlukan kesabaran dan rasa rindu ni sangat membara. Dalam diam-diam, SA usaha untuk mendapatkan hati NS semula tapi...
2013, form 5. Besar dah mereka ni. SPM tuuu~ Mereka still macam dulu. Gaduh ? Adat lahtu. Normal. Betul tak ? Gaduh baik semula. Bagi NS, tak contact SA sehari, mesti rindu tu membayanginya. Sekian lama mereka bersama, sehinggalah SA mendapat perempuan yang lebih baik dan sempurna dari NS. Kira adil lahtu sebab NS pun dah berpunya. Tapi, NS terkilan. Kenapa SA tak cakap awal-awal ? Kenapa mesti SA sembunyikannya ? Sedangkan mende tu boleh dibawa berbincang. Bila NS dapat tahu semua tu, lagi-lagi bukan dari mulut SA sendiri, naik baran lah NS. Gaduh besar jugak mereka. Disebabkan hubungan mereka tu kuat. Mereka mampu bertahan dan semakin sayang antara satu sama lain sehinggalah hari ni. 07.12.2013, tarikh yang sangat bermakna dan sering diingati buat mereka berdua kerana seharian mereka bersama pada haritu. NS yakin bahawa hubungan mereka akan kekal buat semala-lamanya. Pejam celik pejam celik, sudah 5 tahun mereka bersama. 08.03.2009 adalah tarikh untuk mereka berdua.
b. Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Kisah Hidup Kita karya Syuhaida Shazlee, pelbagai peristiwa-peristiwa yang buat saya ingat sampai sekarang. Pertama adalah bila NS first time mintak couple dengan SA. Bagi NS, mende tu memang tak logik langsung. Ada ke patut, nak lepas diri mintak couple ?
Kedua, time birthday NS form 2. Sangat-sangat hargai hadiah tu. Tapi, cincin kesayangan NS yang SA bagi, hilang ! Nak menangis pun ada masa tu. Tapi, tak guna menangis. Mende tu takan ada balek. Kan ?
Ketiga, masa pegi KL. Sumpah seronok ! Kalau boleh, NS nak buat macam tu lagi.
Saya cuba untuk menerima semua ni, tapi saya memerlukan masa. Saya nak kuat macam awak. Awak, andai saya bukan lagi milik dia, adakah awak akan terima saya kembali dengan awak ?
Monday, December 16, 2013
Wednesday, December 11, 2013
Gastrik yang Membunuh !
Punca Penyakit Gastrik:
Punca
penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan
tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai
contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul
12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan
kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan
tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5
tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah
penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah
dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih
serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempuh
matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya
seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering
dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin
seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu
pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau
tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.
Tanda-tanda penyakit gastrik:
- Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
- Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
- Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
- Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
- Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
- Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Rawatan penyakit gastrik:
- Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
- Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
- Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
- Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
- Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
- Elakkan makan terlalu kenyang
- Elakkan cuka, makanan yang pedas
- Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
- Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
- Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
- Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
- Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
- Elakkan stress ! Kawal emosi. Jangan banyak berfikir.
Monday, December 9, 2013
Tuesday, November 26, 2013
My 2 Years Anniversary !
Bie, Happy Anniversary ;D Dah dua tahun kita bersama. Alhamdulillah. Macam-macam dah berlaku kan bie ? Tahun ni tak banyak kita contact sebab masing-masing exam kan ? Bie pun tak cara mana kat sayang. Sayang paham bie. Sayang nak bie berjaya dalam bidang yang bie minat tu sebab tu sayang sokong setiap perkara yang berkaitan dengan masa depan bie, biarpun sayang tahu yang sayang kena tunggu, menunggu dan terus menjadi penunggu. Sayang tahu bie boleh. Sayang yakin dengan bie. Bie dah berjaya nanti, bie jangan lupakan sayang walaupun masa tu kita tak bersama. Sayang sentiasa berdoa agar bie lah jodoh sayang. Tapi, kita tak boleh halang apa yang sudah ditakdir oleh Dia. Maaf andai selama kita berkenalan sehinggalah kita bersama sampai sekarang, sayang ada buat bie saket hati, bengang atau pape jelah. Manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan kan bie ? Sayang bie sesangat :D
Editor Photo by Harlena Darwis
*Maaf lambat update, Saya salah seorang calon SPM :)
(duduk asrama tak main leppy :p )

Sunday, November 3, 2013
Saturday, April 27, 2013
Karangan Bahasa Melayu
Khamis 18.4.13 by Cikgu Nor Asiah
Tajuk : Kebanyakan remaja hari ini mengamalkan gaya hidup bebas yang bertentangan dengan nilai dan etika hidup masyarakat. Berikan pendapat anda.
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan Negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalah yang berkaitan dengan pelbagai permasalahan sosial yang beronar yang mencetuskan oleh rakyat kita sendiri. Kebanyakan remaja hari ini mengamalkan gaya hidup bebas yang bertentangan dengan nilai dan etika hidup masyarakat. Fenomena pergaulan bebas pada masa kini sering kali menimbulkan kesan-kesan yang tidak baik dalam kalangan umat Islam. Pergaulan bebas adalah budaya hidup masyarakat Barat yang menyebarkan dan menyebabkan pelbagai gejala penyakit sosial. Kesan-kesan budaya ini telah pun meresap dalam kalangan masyarakat di negara ini. Jika ia dikaitkan dengan remaja yang tidak bermoral ia diertikan sebagai hidup bebas tanpa batasan, seks bebas , keruntuhan akhlak dan sebagainya. Keterlanjuran moral dan akhlak masyarakat umumnya remaja masa kini semakin mengkhawatirkan. Masalah ini bukan lagi masalah tersirat yang dialami masyarakat tetapis udah terpampang jelas depan mata. Masalah keruntuhan akhlak dalam pelbagai masyarakat di negara kita amat mencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Para remaja atau muda-mudi kita adalah warisan kita bagi masa hadapan. Mereka adalah aset yang berharga agar agama Islam tetap dihayati dan dipraktikkan oleh masyarakat Islam masa hadapan. Mereka adalah harapan masyarakat dan negara. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
Umum mengetahui bahawa, remaja hari ini tidak terkawal disebabkan terpengaruh dengan rakan yang hidupnya segalanya mahukan bebas dan terjebak dengan perbuatan yang dimungkari Allah SWT seperti ke arah maksiat yang bermula dari pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan. Pergaulan bebas juga mengundang pelbagai penyakit sosial antaranya HIV dan Aids dan anak luar nikah dalam masyarakat. Tamadun dan kehidupan masyarakat akan runtuh, jika pergaulan bebas dibiarkan tanpa kawalan dan sekatan. Menjaga batas-batas pergaulan sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam merupakan tanggungjawab setiap individu Muslim. Kewajipan memelihara maruah dan kehormatan diri seharusnya dilakukan oleh setiap Muslim. Dalam hal ini, setiap perlakuan dan perbuatan dijaga dalam batas-batas pergaulan. Pergaulan bebas menimbulkan pelbagai masalah sosial dalam kalangan remaja di negara ini. Pelbagai masalah wujud antaranya remaja lari dari rumah, seks bebas, masalah pembuangan bayi, masalah penagihan dadah yang akhirnya mengakibatkan keruntuhan akhlak. Faktor-foktor yang berlaku adalah disebabkan kurangnya kasih sayang ibu bapa, kurangnya pengawasan dari ibu bapa, pergaulan rakan sebaya yang bersikap negatif, kurang didikan agama dan sebagainya. Kesannya, remaja tidak mempunyai masa depan yang terjamin apabila meninggalkan rumah dan keluarga. Contohnya, remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya. Memandangkan masalah ini semakin menular di kalangan remaja, langkah-langkah perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Langkah-langkah yang patut diambil adalah ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakan-rakan anak harus dikenali dengan lebih mendalam. Selain itu, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,’kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Sebagaimana yang kita ketahui, remaja masa kini sememangnya sinonim dengan pemakaian yang mencolokkan mata. Oleh itu, remaja haruslah berpakaian menutup aurat yang disyariatkan islam untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Ibu bapa juga haruslah mengambil berat tentang cara pemakaian anak-anak mereka.
Pada era globalisasi ini, remaja masa kini berubah lebih bersikap materialistik dan individualistik. Materialistik bermaksud mengejar wang ringgit untuk menjalani kehidupan selesa yang sudah tentu lebih ke arah keselesaan. Manakala individualistik pula bermaksud remaja lebih suka hidup bersendirian daripada bergaulan dengan masyarakat lain. Contohnya, remaja tidak mengambil berat tentang suasana kemasyaratan kerana mereka tidak gemar bergaul dengan masyarakat yang lain selain teman mereka. Di samping itu, remaja tidak menghormati anggota masyarakat yang lain. Menghormati memang menjadi amalan hidup masyarakat kita sejak zaman-berzaman. Sejak kecil lagi kita diasuh supaya menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Salah satu sebabnya adalah ibu bapa tidak memberi didikan yang baik. Contonya, ibu bapa tidak memberi tunjuk ajar dari dahulu seperti menegur atau memarahi anak-anak mereka sekiranya tidak menghormati orang tua. Kesanya adalah remaja sekarang tidak mempunyai kehormatan terhadap masyarakat. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memberi tunjuk ajar yang betul dan secukupnya. Ibu bapa harus sedar bahawa anak-anak adalah tanggungjawab mereka dan apa yang mereka dengar dan tengok dari perbuatan atau perbualan ibu bapa adalah benda yang betul. Jadi ibu bapa harus menunjukkan perangai yang baik dan sentiasa bercakap perkara yang baik. Ibu bapa juga harus menunjukkan cara-cara yang betul untuk menghormati orang yang lebih tua. Contohnya, jika kita ingin lalu di hadapan orang yang lebih tua, kita hendaklah membongkokkan badan dan jalan dengan rasa rendah diri dan malu, apabila bertemu dengan rakan-rakan atau sesiapa sahaja terus bersalam. Itulah yang harus ibu bapa terapkan kepada golongan remaja sekarang.
Sejak akhir-akhir ini, remaja sering dikaitkan dengan faktor kurangnya penghayatan kepada ajaran agama dalam diri remaja sendiri. Begitu banyak salah laku remaja dipaparkan di media massa. Antaranya kebiadaban remaja terhadap masyarakat. Keadaan ini amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan remaja pada zaman dahulu yang mana amat menghormati masyarakat sekeliling. Keadaan ini adalah tidak seberat mana berbanding apa yang berlaku dikalangan remaja pada hari ini yang banyak dilaporkan sebagai penagih dadah, mencuri dan sebagainya. Melihat kepada pelbagai gejala sosial yang berlaku pada hari ini, membuatkan terdetik juga dihati, apakah yang bakal berlaku kepada remaja akan datang. Strategi mengatasi masalah ini seharusnya ditumpukan pada faktor penyebab seperti pentingnya ibu bapa memberikan perhatian serius terhadap anak mereka. Ibu bapa mesti memerhati setiap gerak-geri atau pergerakan anak dan mengetahui rakan pergaulan mereka. Selain penghayatan terhadap agama, nilai murni perlu ditingkatkan kerana anak yang mengikut ajaran agama akan membentuk keperibadian mulia. Oleh itu, untuk anak menjadi insan soleh dan solehah, ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik. Sistem perundangan di sekolah juga perlu diwujudkan. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut dalam kalangan pelajar di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah mengawas disiplin. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis perlu digunakan untuk mendisiplinkan remaja. Jika ada masalah semua pihak perlu merujuk kepada pihak berkuasa dan undang-undang. Langkah pencegahan yang bersesuaian seperti kaunseling pada peringkat sekolah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna jika kaunselor berkelayakan dan berpengalaman dilantik memantapkan pelaksanaan kaunseling yang berkesan. Remaja hari ini perlu menghiasi diri dengan ilmu yang kukuh, keimanan ampuh dan misi utuh. Ketiga-tiga senjata ini perlu untuk memperkukuhkan peribadi kumpulan yang menjadi aset negara baik dari segi sosial, agama, bangsa dan negara. Bekalan ilmu dapat membantu mengharungi cabaran hidup masa kini dan alangkah ruginya jika zaman remaja tidak dimanfaatkan sebaiknya. Usia remaja hanya datang sekali dalam kehidupan, maka hargailah usia remaja itu.
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah remaja masa kini mengutamakan keseronokan dan hiburan yang malampau. Kehidupan yang manusia lihat dan perhati ini lebih terasa takjub, seronok, dan matlamat daripada agama dan perkara hak yang disampaikan kerana nampak nilai keseronokan dalam mengerjakan perkara keduniaan. Keseronokan tanpa batasan semakin menjadi-jadi. Nikmat, nilai, dan hasilnya semua berada di depan mata, semua dikejar tak kira usia, tempat, dan masa. Kini, tidak sesiapa boleh menafikan yang dunia sekarang begitu nampak kenikmatannya di depan mata. Apa sahaja, sama ada pangkat, kemewahan, harta, antara jantina, televisyen, dan internet, lebih terasa kepentingannya daripada berbicara dan melakukan aktiviti agama. Oleh yang demikian, remaja haruslah pentingkan agama supaya memilikki masa depan yang cerah dan terjamin.
Kesimpulannya, kita sebagai masyarakat di negara ini haruslah memberi perhatian kepada remaja masa kini untuk mengamalkan gaya hidup bernilai murni dan etika hidup masyarakat dan memberi ruang kepada remaja untuk mengubah gaya hidup yang baik.

Sunday, February 10, 2013
My Birthday 3.2.2013 -17tahun-
17tahun eyda hidup , birtday eyda tahun ney larh yg paling awesome . Even sebelum ney celebrate nan family , ta dek larh semeriah ney . Terima Kaseh bebanyak Aspuri Senior or Junior SMVK/KVK 2013 , Sayang kowg sampai biler-2 . Kowg memunk Terbaek larh :D
Subscribe to:
Comments (Atom)