Khamis 18.4.13 by Cikgu Nor Asiah
Tajuk : Kebanyakan remaja hari ini mengamalkan gaya hidup bebas yang bertentangan dengan nilai dan etika hidup masyarakat. Berikan pendapat anda.
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan Negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalah yang berkaitan dengan pelbagai permasalahan sosial yang beronar yang mencetuskan oleh rakyat kita sendiri. Kebanyakan remaja hari ini mengamalkan gaya hidup bebas yang bertentangan dengan nilai dan etika hidup masyarakat. Fenomena pergaulan bebas pada masa kini sering kali menimbulkan kesan-kesan yang tidak baik dalam kalangan umat Islam. Pergaulan bebas adalah budaya hidup masyarakat Barat yang menyebarkan dan menyebabkan pelbagai gejala penyakit sosial. Kesan-kesan budaya ini telah pun meresap dalam kalangan masyarakat di negara ini. Jika ia dikaitkan dengan remaja yang tidak bermoral ia diertikan sebagai hidup bebas tanpa batasan, seks bebas , keruntuhan akhlak dan sebagainya. Keterlanjuran moral dan akhlak masyarakat umumnya remaja masa kini semakin mengkhawatirkan. Masalah ini bukan lagi masalah tersirat yang dialami masyarakat tetapis udah terpampang jelas depan mata. Masalah keruntuhan akhlak dalam pelbagai masyarakat di negara kita amat mencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Para remaja atau muda-mudi kita adalah warisan kita bagi masa hadapan. Mereka adalah aset yang berharga agar agama Islam tetap dihayati dan dipraktikkan oleh masyarakat Islam masa hadapan. Mereka adalah harapan masyarakat dan negara. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
Umum mengetahui bahawa, remaja hari ini tidak terkawal disebabkan terpengaruh dengan rakan yang hidupnya segalanya mahukan bebas dan terjebak dengan perbuatan yang dimungkari Allah SWT seperti ke arah maksiat yang bermula dari pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan. Pergaulan bebas juga mengundang pelbagai penyakit sosial antaranya HIV dan Aids dan anak luar nikah dalam masyarakat. Tamadun dan kehidupan masyarakat akan runtuh, jika pergaulan bebas dibiarkan tanpa kawalan dan sekatan. Menjaga batas-batas pergaulan sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam merupakan tanggungjawab setiap individu Muslim. Kewajipan memelihara maruah dan kehormatan diri seharusnya dilakukan oleh setiap Muslim. Dalam hal ini, setiap perlakuan dan perbuatan dijaga dalam batas-batas pergaulan. Pergaulan bebas menimbulkan pelbagai masalah sosial dalam kalangan remaja di negara ini. Pelbagai masalah wujud antaranya remaja lari dari rumah, seks bebas, masalah pembuangan bayi, masalah penagihan dadah yang akhirnya mengakibatkan keruntuhan akhlak. Faktor-foktor yang berlaku adalah disebabkan kurangnya kasih sayang ibu bapa, kurangnya pengawasan dari ibu bapa, pergaulan rakan sebaya yang bersikap negatif, kurang didikan agama dan sebagainya. Kesannya, remaja tidak mempunyai masa depan yang terjamin apabila meninggalkan rumah dan keluarga. Contohnya, remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya. Memandangkan masalah ini semakin menular di kalangan remaja, langkah-langkah perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Langkah-langkah yang patut diambil adalah ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakan-rakan anak harus dikenali dengan lebih mendalam. Selain itu, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,’kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Sebagaimana yang kita ketahui, remaja masa kini sememangnya sinonim dengan pemakaian yang mencolokkan mata. Oleh itu, remaja haruslah berpakaian menutup aurat yang disyariatkan islam untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Ibu bapa juga haruslah mengambil berat tentang cara pemakaian anak-anak mereka.
Pada era globalisasi ini, remaja masa kini berubah lebih bersikap materialistik dan individualistik. Materialistik bermaksud mengejar wang ringgit untuk menjalani kehidupan selesa yang sudah tentu lebih ke arah keselesaan. Manakala individualistik pula bermaksud remaja lebih suka hidup bersendirian daripada bergaulan dengan masyarakat lain. Contohnya, remaja tidak mengambil berat tentang suasana kemasyaratan kerana mereka tidak gemar bergaul dengan masyarakat yang lain selain teman mereka. Di samping itu, remaja tidak menghormati anggota masyarakat yang lain. Menghormati memang menjadi amalan hidup masyarakat kita sejak zaman-berzaman. Sejak kecil lagi kita diasuh supaya menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Salah satu sebabnya adalah ibu bapa tidak memberi didikan yang baik. Contonya, ibu bapa tidak memberi tunjuk ajar dari dahulu seperti menegur atau memarahi anak-anak mereka sekiranya tidak menghormati orang tua. Kesanya adalah remaja sekarang tidak mempunyai kehormatan terhadap masyarakat. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memberi tunjuk ajar yang betul dan secukupnya. Ibu bapa harus sedar bahawa anak-anak adalah tanggungjawab mereka dan apa yang mereka dengar dan tengok dari perbuatan atau perbualan ibu bapa adalah benda yang betul. Jadi ibu bapa harus menunjukkan perangai yang baik dan sentiasa bercakap perkara yang baik. Ibu bapa juga harus menunjukkan cara-cara yang betul untuk menghormati orang yang lebih tua. Contohnya, jika kita ingin lalu di hadapan orang yang lebih tua, kita hendaklah membongkokkan badan dan jalan dengan rasa rendah diri dan malu, apabila bertemu dengan rakan-rakan atau sesiapa sahaja terus bersalam. Itulah yang harus ibu bapa terapkan kepada golongan remaja sekarang.
Sejak akhir-akhir ini, remaja sering dikaitkan dengan faktor kurangnya penghayatan kepada ajaran agama dalam diri remaja sendiri. Begitu banyak salah laku remaja dipaparkan di media massa. Antaranya kebiadaban remaja terhadap masyarakat. Keadaan ini amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan remaja pada zaman dahulu yang mana amat menghormati masyarakat sekeliling. Keadaan ini adalah tidak seberat mana berbanding apa yang berlaku dikalangan remaja pada hari ini yang banyak dilaporkan sebagai penagih dadah, mencuri dan sebagainya. Melihat kepada pelbagai gejala sosial yang berlaku pada hari ini, membuatkan terdetik juga dihati, apakah yang bakal berlaku kepada remaja akan datang. Strategi mengatasi masalah ini seharusnya ditumpukan pada faktor penyebab seperti pentingnya ibu bapa memberikan perhatian serius terhadap anak mereka. Ibu bapa mesti memerhati setiap gerak-geri atau pergerakan anak dan mengetahui rakan pergaulan mereka. Selain penghayatan terhadap agama, nilai murni perlu ditingkatkan kerana anak yang mengikut ajaran agama akan membentuk keperibadian mulia. Oleh itu, untuk anak menjadi insan soleh dan solehah, ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik. Sistem perundangan di sekolah juga perlu diwujudkan. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut dalam kalangan pelajar di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah mengawas disiplin. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis perlu digunakan untuk mendisiplinkan remaja. Jika ada masalah semua pihak perlu merujuk kepada pihak berkuasa dan undang-undang. Langkah pencegahan yang bersesuaian seperti kaunseling pada peringkat sekolah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna jika kaunselor berkelayakan dan berpengalaman dilantik memantapkan pelaksanaan kaunseling yang berkesan. Remaja hari ini perlu menghiasi diri dengan ilmu yang kukuh, keimanan ampuh dan misi utuh. Ketiga-tiga senjata ini perlu untuk memperkukuhkan peribadi kumpulan yang menjadi aset negara baik dari segi sosial, agama, bangsa dan negara. Bekalan ilmu dapat membantu mengharungi cabaran hidup masa kini dan alangkah ruginya jika zaman remaja tidak dimanfaatkan sebaiknya. Usia remaja hanya datang sekali dalam kehidupan, maka hargailah usia remaja itu.
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah remaja masa kini mengutamakan keseronokan dan hiburan yang malampau. Kehidupan yang manusia lihat dan perhati ini lebih terasa takjub, seronok, dan matlamat daripada agama dan perkara hak yang disampaikan kerana nampak nilai keseronokan dalam mengerjakan perkara keduniaan. Keseronokan tanpa batasan semakin menjadi-jadi. Nikmat, nilai, dan hasilnya semua berada di depan mata, semua dikejar tak kira usia, tempat, dan masa. Kini, tidak sesiapa boleh menafikan yang dunia sekarang begitu nampak kenikmatannya di depan mata. Apa sahaja, sama ada pangkat, kemewahan, harta, antara jantina, televisyen, dan internet, lebih terasa kepentingannya daripada berbicara dan melakukan aktiviti agama. Oleh yang demikian, remaja haruslah pentingkan agama supaya memilikki masa depan yang cerah dan terjamin.
Kesimpulannya, kita sebagai masyarakat di negara ini haruslah memberi perhatian kepada remaja masa kini untuk mengamalkan gaya hidup bernilai murni dan etika hidup masyarakat dan memberi ruang kepada remaja untuk mengubah gaya hidup yang baik.